Thursday, March 8, 2007

Resepi Nasi Bukhari




RESEPI NASI BUKHARI



Bahan-bahannya:


1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan

900 ml air

1/2 tin susu cair

1 cawan sayur campur3 biji bawang besar, dihiris

10 biji bawang putih, dikisar

2 inci halia, dikisar

1 batang kayu manis

4 kelopak bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 senduk minyak sapi

bawang goreng, untuk hiasan

aram secukup rasa


Cara-caranya


1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.


3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan sayur campur dan gaul rata. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan.


Nota: Diana lebih suka gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus kerana periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk non-stick bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan2 serata. Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak patah-patah.

No comments: